Pelabuhan Johor Capai 1 Juta TEU Pengendalian Kontena | Malaysia News

Pelabuhan Johor Capai 1 Juta TEU Pengendalian Kontena

Pelabuhan Johor Capai 1 Juta TEU Pengendalian Kontena

Pelabuhan Johor Capai 1 Juta TEU Pengendalian Kontena

Kuala Lumpur, MTN – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, mengakhiri tahun 2020 dengan catatan tinggi melepasi pengendalian 1 juta TEU (satu juta unit bersamaan 20 kaki) kontena walaupun berdepan dengan persekitaran yang mencabar berikutan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Port Berhad Md Derick Basir berkata meskipun berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 serta kekurangan kontena kosong di Malaysia dan bahagian lain di rantau ini yang mempengaruhi keseluruhan sektor perniagaan pelabuhan dan industri berkaitan, Johor Port masih dapat mengembangkan perniagaannya dengan berkesan.

“Pada suku pertama tahun 2020, Johor Port mempunyai prestasi yang luar biasa dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak enam peratus.

“Pembukaan semula industri pada 4 Mei 2020, jumlah kendalian eksport mendapat rentaknya kembali apabila pengilang meningkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi pesanan pra Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Md Derick berkata dalam konteks Johor Port, peningkatan jumlah kendalian eksport dan import didorong oleh peningkatan kargo eksport dan import dari sektor perindustrian.

“Pelabuhan dan terminal merupakan pintu masuk utama untuk memaksimumkan pembangunan ekonomi negara dan merupakan akses utama yang menghubungkan komuniti tempatan dengan pasaran serantau dan global.

“Johor Port juga berjaya mendapatkan empat perkhidmatan baharu pada tahun 2020 terutamanya ke rantau Asia,” katanya.

Mengenai masa depan, Johor Port tetap optimis dengan prospek pertumbuhan Johor Port sepanjang tahun, seiring dengan perdagangan global yang semakin pulih secara beransur-ansur.

“Walaupun kami menjangka tempoh pemulihan yang panjang antara enam bulan dan satu tahun, JPB komited untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan pelabuhan dapat diuruskan dengan baik sepanjang masa yang tidak stabil ini,” kata Md Derick.

 

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply