Pelari Menara Nasional Soh Wai Ching Hadir Dengan Misi Baru
Pelari Menara Nasional Soh Wai Ching Hadir Dengan Misi Baru
Kuala Lumpur, MTN – Selepas memahat nama dalam Guinness World Records (GWR), ternyata pelari menara negara Soh Wai Ching masih belum berpuas hati apabila tampil dengan misi baharu untuk memadamkan rekod sendiri, sekali gus melakar rekod larian menara sejauh 1.6 km dalam tempoh sejam.
Kali ini, beliau berhasrat untuk memecahkan rekod mendaki menara sejauh 1.6 km dalam masa satu jam, yang dipegang oleh Ryoji Watanabe dari Jepun, pada 18 Nov lepas yang berjaya mendaki Tokyo Skytree, menara penyiaran dan tinjau di Sumida, Tokyo.
“Yang tu sasaran saya. Rekod sekarang dipegang pelari Jepun, Ryoji Watanabe… dia panjat 1.6km mendaki tangga dalam 66 minit 58 saat.
“Jadi tujuan saya sasar mahu buat dalam satu jam, untuk pecah dua rekod sekali gus. Rekod saya sekarang dan rekod satu batu (1.6 km),” katanya kepada Bernama.
Pada 18 Nov juga, Wai Ching mencatat rekod dunia bagi cabaran pendakian tangga menegak selepas melakukan jarak larian 1.295 kilometer (km) dalam tempoh sejam, mengatasi rekod pelari Sepanyol, David Robles Tapia.
Wai Ching berkata beliau merancang untuk membuat larian itu pada 6 Mei 2021, memandangkan ia simbolik kepada sejarah penting dalam sukan olahraga.
Untuk rekod, pada 6 Mei 1954, pelari British Sir Roger Bannister telah berlari sejauh 1.6 km dalam tempoh empat minit.
Bagaimanapun, beliau berkata venue untuk merealisasikan misi itu masih belum dimuktamadkan kerana selain Malaysia, Wai Ching turut mempertimbangkan Burj Khalifah di Dubai dan Shanghai Tower di China untuk melakukan cabaran itu.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor