Pemimpin Bahagian Bersatu Shah Alam Pula Umum Keluar Parti | Malaysia Top News
October 1, 2020

Pemimpin Bahagian Bersatu Shah Alam Pula Umum Keluar Parti

Kuala Lumpur, MTN – Gelombang ahli Bersatu yang keluar parti terus melanda Selangor apabila beberapa lagi pemimpinnya melibatkan Bahagian Shah Alam mengumumkan tindakan sama hari ini.

Pemimpin berkenaan ialah Pengerusi Tetap Bahagian Shah Alam Mohd Nor Din, Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam Mohd Azlan Shah Mohd Arshad dan lima ketua cawangan serta tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu.

Mohd Azlan Shah berkata lima ketua cawangan bahagian yang keluar parti itu melibatkan Seksyen 9, Seksyen 24, Setia Alam, Bukit Subang dan Bukit Jelutong dengan surat peletakan jawatan mereka akan dihantar kepada Setiausaha Agung Bersatu selewat-lewatnya esok.

“Turut sama keluar parti pada hari ini ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Hassan Ismail,” katanya pada sidang media khas di Shah Alam hari ini.

Pada Sabtu dan Ahad lepas, beberapa pemimpin Bersatu di Selangor bersama ahli akar umbi bertindak keluar parti melibatkan Bahagian Kuala Selangor, Klang dan Bangi. [Bernama]

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •