Penderma Misteri Sumbang Mesin PCR Senilai RM148,000 Untuk Kesan Covid-19
Penderma Misteri Sumbang Mesin PCR Senilai RM148,000 Untuk Kesan Covid-19
Sibu, MTN – Seorang individu berhati mulia apabila hari ini menyumbangkan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19.
Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat pada satu majlis ringkas di sini.
Dr Annuar berkata sumbangan itu menjadikan pusat itu sekarang dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 di daerah ini dan sekitarnya.
“Mesin baharu ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,” katanya.
Selain itu, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu akan mula mengedarkan barangan makanan dan keperluan harian, esok dan lusa kepada hampir 2,000 penduduk di sini, bagi mengurangkan beban mereka semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. [bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan