Perniagaan Antara Malaysia-ASEAN Harus Kekal Terhadap Prinsip Teras

Perniagaan Antara Malaysia-ASEAN Harus Kekal Terhadap Prinsip Teras
Kuala Lumpur, MTN – Perniagaan Malaysia dan ASEAN mesti menerapkan prinsip teras Yaitu kemampanan untuk terus kekal sebagai entiti berdaya maju pada masa depan, kata bekas Setiausaha Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon.
Beliau berkata syarikat tidak akan maju sekiranya mereka gagal untuk merancang bagi seluruh dunia dan manusia sejagat.
“Pandemik COVID-19 hanya menunjukkan masalah yang pernah dilalui sebelum ini,” katanya dalam ucaptama pada sidang kemuncak “GO ESG ASEAN 2020′ yang berlangsung secara maya, semalam.
Dalam ucapannya, beliau menggalakkan pemimpin negara anggota ASEAN dan komuniti perniagaannya untuk meniru model “perkongsian nilai untuk kemakmuran”.
“Krisis perang perdagangan baru-baru ini dan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sekarang merupakan realiti yang memerlukan kita mempercepatkan bagi mencari penyelesaian kepada cabaran terbesar yang melanda di seluruh dunia, antaranya kemiskinan dan kesaksamaan gender, perubahan iklim dan jurang pendapatan.
“Prinsip berasaskan nilai atau prinsip perkongsian nilai adalah antara penyelesaiannya. seperti itu. Kemakmuran perniagaan harus dikongsi bersama,” katanya.
Penganjur sidang kemuncak itu, United Nations Global Compact Network Malaysia (UNGCMY) dalam satu kenyataan berkata perkongsian nilai yang juga dikenali sebagai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), adalah 17 matlamat atau nilai yang menentukan pencapaian masa depan yang lestari.
“UNGCMY akan menjadikan kejayaan Sidang Kemuncak GO ESG ASEAN 2020 untuk mendorong penerapan kelestarian dalam kalangan komuniti perniagaan di Malaysia.
“Kami akan terus berhubung bukan sahaja dengan ahli UNGCMYtetapi juga semua syarikat dalam ekosistem untuk menggunakan prinsip ESG bagi membimbing strategi perniagaan,” kata Pengarah Eksekutifnya, Faroze Nadar.
Melalui pendekatan itu, UNGCMY dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan perniagaan mereka dan dengan itu menghasilkan nilai pemegang saham yang nyata dan bermakna.
Sidang kemuncak secara maya GO ESG ASEAN 2020 yang diadakan pada 23 dan 24 Nov itu adalah sebahagian daripada sidang kemuncak selama sebulan yang dianjurkan oleh UNGCMY.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor