Model Gelembung Sukan Sedang Diajukan Oleh KBS Ke MKN | Malaysia News

Model Gelembung Sukan Sedang Diajukan Oleh KBS ke MKN

Model Gelembung Sukan Sedang Diajukan Oleh KBS ke MKN

Kuala Lumpur, MTN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mengusahakan satu model gelembung sukan yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membolehkan perlawanan bola sepak diiadakan di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan berkerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pemegang taruh bagi memperhalusi perkara itu untuk kelangsungan aktiviti sukan yang dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

“Memang saya mengharapkan aktiviti sukan diteruskan…salah satunya kita mahu melihat model yang dilaksanakan di luar negara. Saya akan pastikan pada tahun depan aktiviti sukan akan diteruskan, kita akan yakinkan MKN tentang gelembung sukan yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi pihak kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, bola sepak merupakan satu daripada sukan yang mempunyai pasaran besar kerana setiap perlawanan ditonton hampir lapan juta penonton.

Persidangan dewan bersambung hari ini.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply