Promosikan Komunisme, KDN Haramkan Komik Propaganda DAP | Malaysia News

Promosikan Komunisme, KDN Haramkan Komik Propaganda DAP

Promosikan Komunisme, KDN Haramkan Komik Propaganda DAP

Kuala Lumpur – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan bertajuk “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”. Sebanyak 2,873 naskhah Inisiatif Jalur & Jalan pun berhasil disita.

Perintah Larangan itu turut terpakai bagi versi bahasa Inggeris “Belt & Road Initiative For Win-Winism” dan versi Bahasa Cina “互利共赢的 一带一路 ” melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019.

KDN dalam kenyataannya memberitahu, warta Perintah Larangan ini mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin melalui jawatan bertulis di Dewan Negara menjawab soalan senator Isa Ab Hamid yang mahu tahu tindakan terhadap penegdahan bahan bercetak itu.

“Terdapat juga sebahagian naskhah yang telah dilupuskan sendiri oleh pihak sekolah rentetan polemik yang tercetus berhubung pengedaran komik tersebut,” tambah Muhyiddin.

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, penerbitan tersebut dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Komik karya Hew, yang turut dikenali sebagai ‘Superman’, diterbitkan oleh Muzium Budaya Komik Asia dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina.

Larangan kementerian merangkumi kesemua versi.

Komik itu sebahagian besarnya mempromosi China dan “Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI)” sambil meletakkan dunia Barat dalam aspek negatif.

Bahagian kontroversi dalam komik berkenaan menyifatkan orang Melayu yang bersimpati dengan etnik Uighur di China – yang dikatakan dimasukkan ke “kem pendidikan semula” oleh Beijing – sebagai “radikal”.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata penguatkuasaan turut dilakukan ke atas premis penerbit dan pencetak serta kedai-kedai buku di seluruh negara.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply