Ringgit Dijangka Mengukuh Berbanding Dolar AS
Ringgit Dijangka Mengukuh Berbanding Dolar AS
Kuala Lumpur, MTN – Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa (2/11/2021), didorong oleh sentimen optimis dalam pasaran susulan prestasi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia bagi Oktober 2021 yang meningkat kepada 52.2 berbanding 48.1 pada September.
Pada 6 petang lalu, ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS kepada 4.1480/1495 daripada 4.1500/1530 pada akhir urus niaga.
Menurut Ambank Research, dolar AS dijangka lemah menjelang mesyuarat dasar bank pusat negara itu, Rizab Persekutuan (Fed) selama dua hari.
“Oleh itu, kami mengunjurkan ringgit mencecah paras dalam jajaran 4.1376 hingga 4.1533 berbanding dolar AS,” katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam pada itu, ringgit susut berbanding kelompok mata wang utama kecuali pound Britain.
Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0781/0796 daripada 3.0748/0772 pada akhir Isnin dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6543/6556 daripada 3.6327/6356.
Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.8104/8122 daripada 4.7999/8034 semalam namun terus mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6587/6607 daripada 5.6685/6726, sebelum ini.
[BH]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor