Eksport Perabot Dijangka Meningkat RM13 Bilion Tahun Ini | Malaysia News
February 23, 2024

Eksport Perabot Dijangka Meningkat RM13 Bilion Tahun ini

Datuk Seri Wee Jeck Seng

Eksport Perabot Dijangka Meningkat RM13 Bilion Tahun ini

KOTA TINGGI, MTN – Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pasaran perabot kayu memandangkan mendapat permintaan tinggi.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, perabot kayu Malaysia mendapat permintaan tinggi daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Kita mencatatkan sebanyak RM11 bilion nilai eksport dan ia dijangka meningkat tahun ini kepada RM13 bilion kerana permintaan meningkat,” katanya selepas melawat Stesen Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Penawar, Isnin (1/11/2021).

Tambah beliau, AS dan Eropah merupakan pasaran tradisional pasaran perabot negara dan perabot kayu getah yang merupakan sumber boleh diperbaharui yang dikategorikan sebagai kayu balak mampan telah mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, Jeck Seng memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha membantu meningkatkan pendapatan kira-kira 450,000 pekebun kecil getah, antaranya menerusi platfrom urusniaga getah secara tender atas talian MyROL yang dibangunkan LGM.

“Urusniaga ini bukan sahaja boleh dilakukan secara atas talian dalam negara, tetapi juga luar negara, ujarnya.

Kata beliau, harga getah tender menerusi platfrom itu adalah lebih tinggi daripada yang ditetapkan LGM.

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply