Saintis Rusia: ‘Cuaca Panas Tak Boleh Bunuh Covid-19’
Saintis Rusia: ‘Cuaca Panas Tak Boleh Bunuh Covid-19’
Kuala Lumpur, MTN – pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di Kazan Federal University, Albert Rizvanov berkata bahawa musim panas tidak mematikan koronavirus yang hidup di permukaan, sebaliknya boleh menyumbang kepada kadar peningkatan kejadian di Rusia.
Menurut agensi berita Rusia (Tass), Rizvanov yang juga mengetuai pasukan penyelidik untuk menghasilkan vaksin Covid-19 berkata:
“Suhu (udara) yang rendah boleh meningkatkan daya tahan virus: suhu optimum untuk virus empat hingga lapan darjah (Celsius). Bila suhu udara meningkat, virus jadi kurang stabil.
“Namun, virus ini mudah merebak melalui udara (bercakap, bersin, batuk atau hanya dengan bernafas), bersalam dan bersentuhan dengan permukaan baharu tercemar.
“Virus itu juga boleh terurai dengan lebih pantas walaupun pada ketika musim panas,” jelasnya.
Menurutnya, ketika musim panas, orang lebih cenderung keluar dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih kerap.
“Ia mungkin menjadi faktor risiko tambahan,” katanya.
Rusia setakat ini, mencatatkan 242,271 kes dengan 48,003 pesakit sudah sembuh manakala 2,212 orang lagi meninggal dunia. [Bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri