Sejumlah Mangsa Banjir Ditempatkan di Tujuh PPS Kota Setar
Sejumlah Mangsa Banjir Ditempatkan di Tujuh PPS Kota Setar
ALOR SETAR, MTN – Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat kepada 524 orang setakat jam 6 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Mohd Zain Bahrum berkata, setakat ini sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut susulan air banjir masih belum surut.
Jelasnya, walaupun keadaan cuaca agak baik hari ini, namun pihaknya berada dalam keadaan siap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan.
“Banjir di daerah Kota Setar ini bermula pada 31 Oktober, di mana hanya satu PPS dibuka ketika di Mukim Langgar namun hari demi hari air mula naik di kawasan lain sekali gus menyebabkan PPS tambahan terpaksa dibuka.
“Setakat ini, seramai 524 mangsa ditempatkan di tujuh PPS bagi daerah Kota Setar dan sekiranya keadaan kian buruk atau jumlah mangsa bertambah kita akan buka PPS baru bagi menampung jumlah mangsa,” katanya.
Untuk rekod setakat ini, PPS SK Langgar masih kekal 80 mangsa dari 23 keluarga, PPS SK Suka Menanti seramai 67 mangsa dari 25 keluarga, SK Darul Hikmah seramai 118 mangsa dari 32 keluarga.
Bagi PPS SK Haji Wahab pula, menempatkan seramai 33 mangsa dari lapan keluarga, SK Convent seramai sembilan mangsa dari tiga keluarga dan SK Titi Gajah seramai 75 mangsa dari 26 keluarga.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor