AS Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Kanak-Kanak Usia 5-11 Tahun | Malaysia News
December 9, 2021
Vaksin pfizer

AS Luluskan Vaksin Pfizer untuk Kanak-Kanak Usia 5-11 tahun

WASHINGTON, MTN – Amerika Syarikat (AS) telah memberi kelulusan penuh kepada vaksin Pfizer/BioNTech untuk digunakan kepada kanak-kanak berumur 5-11 tahun.

Keputusan ini memberikan peluang kepada berjuta kanak-kanak AS untuk mendapatkan vaksin.

Keputusan oleh Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Rochelle Wolensky dibuat selepas pertimbangan teliti dilakukan oleh pengawal selia dadah AS.

AS sebelum ini memberikan vaksin kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Pakar berpendapat vaksin ini perlu diberikan supaya rakyat negara ini kembali menjalani kehidupan normal.

Kelulusan itu dibuat selepas panel pakar di CDC dan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) mempertimbangkan risiko dan kebaikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak.

Pegawai FDA menyatakan keberkesanan vaksin itu adalah sekitar 91% dalam mencegah Covid pada kanak-kanak kecil, dan tindak balas imun mereka adalah setara dengan mereka yang berumur 16 hingga 25 tahun.

Tiada kesan sampingan yang serius ditemui oleh penyelidik.

Kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun diberi suntikan dengan satu pertiga daripada dos yang diberikan kepada orang dewasa.

Jarum yang lebih kecil juga digunakan dan suntikan kedua diperlukan tiga minggu selepas suntikan pertama.

Dalam satu kenyataan, Presiden Joe Biden berkata, vaksin kanak-kanak itu akan membolehkan ibu bapa menamatkan kebimbangan terhadap anak-anak mereka, dan mengurangkan tahap penyebaran virus kepada orang lain.

Terdapat kira-kira 1.8 juta kes COVID-19 melibatkan pesakit yang berumur antara lima dan 11 tahun yang disahkan di AS, menurut CDC dan kurang daripada dua ratus telah meninggal dunia.

“Ibu bapa perlu memahami keperluan vaksinasi kerana wabak itu belum berakhir”, kata Dr James Versalovic, ketua patologi di Hospital Kanak-Kanak Texas (TCH).

Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya 1,500 kanak-kanak telah didiagnosis sejak permulaan wabak dengan virus itu di TCH, hospital kanak-kanak terbesar di AS.

[MG]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •