Sekitar 75.4 Peratus Rakyat Malaysia Sudah Lengkap Divaksin
Sekitar 75.4 Peratus Rakyat Malaysia Sudah Lengkap Divaksin
Kuala Lumpur, MTN – Populasi penduduk lengkap mendapatkan vaksinasi terus meningkat di negara ini iaitu mencecah 75.4 peratus atau seramai 24,625,458 orang sudah berjaya mendapatkan dos mereka.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, populasi dewasa lengkap divaksin pula mencatatkan sebanyak 95.8 peratus atau 22,417,059 orang sudah mendapatkan pelalian masing-masing.
Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang lengkap divaksin pula mencecah 70.2 peratus atau 2,208,399 orang, manakala sebanyak 83.4 peratus sekurang-kurangnya lengkap satu dos.
Sementara itu, sejumlah 41,391 dos harian diberikan semalam, merangkumi dos penggalak sebanyak 20,365, satu dos sebanyak 2,864 dan dos pelengkap sebanyak 18,162.
Ini menjadikan, jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,420,916.
Tiada laporan kematian membabitkan COVID-19 juga dicatatkan, setakat semalam.
[BH]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor