SGB Berencana Edarkan Vaksin Keluaran CanSino
SGB Berencana Edarkan Vaksin Keluaran CanSino
Kuala Lumpur, MTN – Solution Group Bhd (SGB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Solution Biologics Sdn Bhd (SOLBIO) bakal mendapat kelulusan menjual vaksin Convidecia secara komersial dalam tempoh terdekat.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan SGB, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal, berkata kelulusan itu kelak akan membolehkan pihaknya menjual vaksin Convidecia sebagai suntikan penggalak.
Beliau berkata, SOLBIO yang juga rakan kongsi firma pengeluar vaksin CanSino Biologics Inc (CanSino) sudah menyerahkan laporan data keberkesanan vaksin Convidecia sebagai suntikan penggalak kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Penyerahan laporan data kepada NPRA itu katanya adalah sebagai persediaan untuk vaksin Convidecia dibenarkan sebagai suntikan penggalak.
“Sebaik mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kumpulan akan meluaskan pengedaran vaksin kepada pasaran komersial seperti hospital, klinik, sektor korporat dan sektor pembuatan di Malaysia.
“Kami juga optimis akan mendapatkan kelulusan NPRA untuk Convidecia digunakan sebagai suntikan penggalak pada November.
“Sebaik mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kumpulan akan meluaskan pengedaran vaksin kepada pasaran komersial seperti hospital, klinik, sektor korporat dan sektor pembuatan di Malaysia.
“Kami juga optimis akan mendapatkan kelulusan NPRA untuk Convidecia digunakan sebagai suntikan penggalak pada November.
“Apabila ia diluluskan, ia akan menjadi pilihan tambahan bagi orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Mohd Nazlee berkata, SOLBIO juga bersedia dalam pembekalan kerana ketika ini mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk membekalkan kedua-dua dos primer dan dos penggalak.
Beliau berkata, ia bukan saja untuk pasaran tempatan malah berpotensi untuk menjadi pengedar vaksin itu di ASEAN.
Katanya, di bawah perjanjiannya dengan MOH, SOLBIO akan membekalkan 3.5 juta dos vaksin Convidecia.
“Sehingga kini, SOLBIO menyelesaikan penghantaran sebanyak 2.6 juta dos vaksin itu. 300,000 dos lagi akan tiba pada 12 November dan baki 600,000 dos akan dihantar menjelang Disember.
“Dengan kontrak daripada KKM ini serta jualan daripada sektor swasta dan sumbangan daripada segmen perniagaan lain, SGB menjangkakan pendapatannya bagi tahun kewangan 2021 sekitar RM300 juta dengan margin keuntungan sebanyak 10 hingga 15 peratus,” katanya.
[BH]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor