Sijil GDP Nippon Express (Singapura) Berguna Bagi Kemudahan Lapangan Terbang Changi | Malaysia News

Sijil GDP Nippon Express (Singapura) Berguna Bagi Kemudahan Lapangan Terbang Changi

Sijil GDP Nippon Express (Singapura) Berguna Bagi Kemudahan Lapangan Terbang Changi

Kuala Lumpur, MTN – Nippon Express (Singapore) Pte Ltd (NE Singapore), anak syarikat tempatan Nippon Express Co Ltd yang berpangkalan di Tokyo, telah memperoleh pensijilan Amalan Pengedaran Baik (GDP), berkuat kuasa 30 Okt.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pensijilan berkenaan adalah bagi kemudahan dalam lingkungan Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Changi Singapura iaitu bukti akan kepatuhan mereka terhadap piawaian bagi pengedaran berkaitan farmaseutikal yang sesuai untuk perkhidmatan import/eksport udara.

Dengan pensijilan GDP ini, NE Singapore akan mempunyai sebuah sistem untuk menyediakan perkhidmatan import/eksport udara yang selamat dan berkualiti tinggi bagi farmaseutikal yang memanfaatkan faedah dengan menjadi satu-satunya syarikat logistik Jepun yang mempunyai sebuah kemudahan dalam kawasan lapangan terbang berkenaan.

Dengan meningkatkan infrastruktur mereka dan mendapatkan pensijilan di lokasi-lokasi perniagaan utama di Singapura dan tempat lain, Nippon Express akan mewujudkan perkhidmatan logistik farmaseutikal menggunakan rangkaian global mereka.

Ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara nilai tambahan tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan yang canggih dan pelbagai dalam industri farmaseutikal.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply