Siti Nurhaliza Berjaya Memenangi 6 Anugerah | Malaysia Top News
February 27, 2021

Siti Nurhaliza Berjaya Memenangi 6 Anugerah

Kuala Lumpur, MTN – Keunggulan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi tersohor negara terus kekal apabila muncul pemenang utama pada JOOX Malaysia Top Music Awards 2020.

Siti meraih enam anugerah iaitu Artis Lokal Paling Popular, Top 5 Artis Lokal Hujung Tahun 2020 dan Top 5 Artis Lokal Tahun 2020.

Bagi kategori lagu, single Aku Bidadari Syurgamu mengungguli kategori Lagu Lokal Paling Popular, Top 5 Hit Lokal Hujung Tahun 2020 dan Top 5 Hit Lokal Tahun 2020.

Siti, 42, meraih lebih banyak kemenangan berbanding penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan BTS yang masing-masing memperoleh lima anugerah, mengikut keputusan diumumkan penganjur semalam.

Siti menyifatkan kejayaan memenangi enam trofi JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 sebagai paling manis.

“Ini kejayaan paling manis dan pembuka tirai 2021.

“Terima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya. Saya juga ucapkan terima kasih kepada JOOX atas pengiktirafan dan penganjuran acara anugerah ini,” katanya.

Siti turut memuat naik IG TV di Instagram (IG) rasminya @ctdk berkongsi berita gembira itu dengan pengikut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

JOOX iaitu platform penstriman terkemuka di Asia, menganjurkan JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 bagi memberi pengiktirafan kepada pencapaian penggiat muzik tempatan sepanjang 2020.

Anugerah itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Year End 2020, Full Year 2020 dan Most Popular Awards.

Bieber merangkul lima anugerah utama iaitu Artis Antarabangsa Paling Digemari, Top 5 Artis Antarabangsa Hujung Tahun 2020; Top 5 Artis Antarabangsa Tahun 2020; Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020 melalui lagu Lonely dan Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020 (Stuck With U – Ariana Grande & Yummy).

JOOX dalam kenyataan menyebut, artis dari Malaysia meraih enam juta undian sepanjang tempoh pertandingan.

Jumlah direkodkan adalah 400 peratus lebih tinggi berbanding keputusan pertengahan tahun JOOX Malaysia Top Music Awards 2020.

Selain Siti Nurhaliza, lima artis tempatan turut tersenarai iaitu Ukays, Naim Daniel, Floor 88 dan Yonnyboii.

 

[MG]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •