Sumber: Hadi dan Zahid Bakal Berjumpa PM Bincang Politik Semasa
Sumber: Hadi dan Zahid Bakal Berjumpa PM Bincang Politik Semasa
Kuala Lumpur, MTN – Menjelang sidang Dewan Rakyat buat kali pertama sejak Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, pemimpin tertinggi Umno dan PAS dijangka membuat kunjungan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.
Menurut sumber pertemuan di antara Muhyiddin dengan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, jadual berlangsung dalam waktu terdekat.
“Pertemuan itu sepatutnya berlangsung semalam (Rabu) tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
“Jadi, pertemuan dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini bagi membincang beberapa perkara khususnya membabitkan sidang parlimen.
“Kita sedia maklum bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengemukakan usul tidak percaya kepada perdana dan ini pastinya akan ada dalam perbincangan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Selain isu usul di Dewan Rakyat itu, sumber berkenaan menjelaskan, turut akan jadi perhatian ialah pelbagai isu semasa termasuk hubungan kerjasama dalam PN.
Akan bincang, perhalusi lagi
Bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.
“Surat kepada speaker telah dihantar. Usul berkenaan telah difailkan oleh (anggota parlimen) Langkawi,” kata sumber yang boleh dipercayai kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal pula memulakan usul undi percaya terhadap Mahathir pada sidang sehari Dewan Rakyat nanti.
Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Sabah itu.
“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.
“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, semasa Muhyiddin, Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bertemu nanti, isu pendaftaran PN – seperti pernah dibangkitkan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan – juga dijangka akan dibangkitkan.
Katanya, Umno sudah membuat keputusan untuk menolak menyertai PN secara rasmi dan PAS juga dijangka akan mengambil pendirian sama.
“Jadi isu ini akan turut dibangkitkan dalam pertemuan itu dan Umno sudah jelas menolak pendaftaran PN.
“Perkara ini akan dibincang dan diperhalusi secara serius untuk mencari jalan penyelesaian secara bersama,” katanya.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri