Tan Sri Dr James Jemut Masing Meninggal Dunia

Tan Sri Dr James Jemut Masing Meninggal Dunia
Kuching, MTN – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya pada Ahad (31/10/2021) pagi.
Ia disahkan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Janang Bungsu yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi.
Mendiang yang juga Presiden PRS dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Masing berkata dia telah melengkapkan vaksin dan turut menggalakkan orang ramai untuk berbuat demikian.
Selepas kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah Kuching pada minggu lepas.
Masing, 72, adalah ahli politik veteran Sarawak yang mewakili DUN Baleh selama lapan penggal sejak 1983.
Dia memulakan kerjayanya dengan Parti Bansa Dayak Sarawak sebelum menubuhkan Parti Rakyat Sarawak pada 2004.
Masing merupakan anggota kabinet Sarawak dan telah berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri sebanyak dua kali.
[MK]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor