Terpalit dengan Rasuah dan Salah Guna Kuasa Takut Anwar Menjadi PM
Terpalit dengan Rasuah dan Salah Guna Kuasa Takut Anwar Menjadi PM
Kuala Lumpur, MTN – Kenapa China, Singapore, Taiwan, HongKong hebat?
Apa yg terjadi buat saya makin percaya kepada Anwar
BUKAN JADI PM…JADI MB PUN MEREKA TAKUT
Bila begitu dasyat Anwar Ibrahim disekat dengan pelbagai cara dan dengan segala kuasa yang ada untuk menjadi PM. Ia menambah keyakinan saya Anwar Ibrahim adalah insan yang dinanti nantikan rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan secara total.
Alasannya mudah….hanya mereka yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa sahaja begitu takut Anwar menjadi PM.
Buat masa ini di kepala saya… hanya insan bernama Anwar mampu mengubahnya. Sebab beliau tidak terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa. Mana mungkin kaki rasuah nak banteras rasuah. Hanya Anwar yang mampu mengubah negara ini yang sudah terlalu lama dinodai pemimpin yang korup sehingga ia menjadi budaya org Melayu dari atas sampai ke bawah yang mempunyai sedikit kuasa.
Anwar itu bukan sahaja menjadi PM dihalang tetapi utk menjadi Menteri Besar pun dihalang dgn pelbagai cara. Masih ingat Langkah Kajang. Pelbagai cara dilakukan oleh Najib sehingga kes mahkamah dipercepatkan utk menyumbat Anwar segera ke dlm penjara.
Sebab apa pemimpin2 korup ini takut Anwar menjadi MB? Sebab mereka tahu andaikata Anwar menjadi MB Selangor, beliau yg mempunyai hubungan baik dan dihormati oleh negara2 Arab pastinya membawa pelaburan besar kpd negeri Selangor.
Apatah lagi Anwar dikenali sebagai seorang yg berintegriti pasti perubahan negeri Selangor akn dpt dilihat secara total. Negeri paling kaya ini akn bertambah kaya….Inilah yang sangat dibimbangi oleh mereka yang korup.
Ramai yg dulu ingat Malaysia hebat hanya kerana Mahathir. Mereka silap Malaysia hebat kerana kewangannya diuruskan dengan penuh amanah oleh Anwar sehingga beliau diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.
Baiklah mungkin ramai yg hairan cerita tentang Anwar tetapi gambar yg saya gunakan adalah KM PP, Chow Kon Yeow. Saya ingin bertanya kpd kalian, mengapa kerajaan PP mempunyai byk simpanan hingga menjadi negeri paling byk menyumbangkan dana kpd umat Islam di PP.
Lihat apabila PKP dan darurat berlaku… KM ini bersedia dgn segala bantuan utk diberikan kpd rakyat. Adakah kerajaan Federal melakukan perkara yang sama? Itu bezanya kepimpinan Melayu dan Cina. Itu bezanya Malaysia dan Singapura. Mereka menguruskan negara dan negeri seperti menguruskan perniagaan mereka sendiri.
Bangsa Cina yg ‘sebenarnya’ mereka sgt amanah…sebab itulah negara2 hebat di Asia antaranya terdiri dari China, Taiwan, Singapore, Macau dan HK walaupun negara2 ini tidak mempunyai minyak.
Hukuman rasuah sangat berat di negara2 ni kerana bangsa Cina tahu negara sekaya mana sekalipun jika rasuah menguasai pemimpin dan rakyat ia akan hancur negara itu.
Disebabkan itu DAP selesa bekerja dgn Anwar dan Anwar juga selesa bekerja dgn DAP. Sebabnya pemimpin2 DAP berintergriti. Jika PP itu diuruskan oleh pemimpin Melayu silap2 Balik Pulau itu habis dijual pada org asing.
Ada org tanya kpd saya kenapa taksub dgn Anwar. Saya bukan taksub, jika taksub dah lama saya menyertai parti beliau. Saya memilih Anwar kerana saya yakin ketika ini beliau sahajalah pemimpin yg boleh melakukannya.
Ramai pula yg berkata… berilah kpd org muda menggantikan Anwar. Ia bukan soal muda atau tua. Ia soal kepimpinan, kebolehan mengurus, bijak, mempunyai hubungan baik dgn pemimpin2 luar, berintergriti, mempunyai aura kepimpinan dan disegani kawan dan lawan…Oh ya yg penting sihat tubuh badannya.
Sb itu saya menolak bila ada mencalonkan Salahuddin Ayob apatah lagi Mahfuz kerana utk menjadi pemimpin ini ia bukan sekadar faktor umur. Utk menjadi pemimpin no 1 ini kreateria byk utk diambil kira.
Sebagai org Melayu yg diajar agama utk tidak hidup bersenang lenang dgn duit rasuah… apa pilihan pemimpin yg kita ada utk membawa Malaysia reform secara total… di kepala saya hanya Anwar buat ketika ini.
Saya mahu reform berlaku. Ini penting kerana saya tidak mahu anak2 saya hidup bergelumang dgn rasuah. Saya mahu generasi anak cucu saya mereka dpt menikmati bersama kekayaan negara ini tanpa perlu menyertai politik.
Anwar itu petah bicaranya
Tajam pemikiran politiknya
Berani walapun lama dipenjara
Org gusar dgn tekanan dia tetap tenang
Org jatuhkan dia… dia bangun dia lawan
Baginya lawan tetap lawan
Ditulis Norman Radzuan
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan