Tun Mahathir: Pakatan Harapan Sukar Tumbangkan Kerajaan PN | Malaysia News

Tun Mahathir: Pakatan Harapan Sukar Tumbangkan Kerajaan PN

Tun Mahathir: Pakatan Harapan Sukar Tumbangkan Kerajaan PN

Kuala Lumpur, MTN – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti pembangkang mungkin tidak mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Gabungan Pakatan Harapan (PH), katanya, hanya mempunyai 108 sokongan dalam kalangan ahli parlimen berbanding 114 sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

“Kami tidak mempunyai majoriti di Parlimen dan saya tidak fikir undi tidak percaya akan menyelesaikan masalah,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir telah melepaskan jawatannya pada bulan lalu menyebabkan Kerajaan PH runtuh kurang dari 24 bulan selepas menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2018.

Muhyiddin telah mendapat sokongan parti-parti utama Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan baru yang disifatkan sebagai pengkhianat oleh Mahathir.

Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan media, Mahathir mendakwa kerajaan yang diterajui oleh Muhyiddin akan bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan Mahathir runtuh sebahagiannya disebabkan ketegangan berhubung janji peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa beliau tidak lagi dalam PH, Mahathir berkata: “Beliau selalu melakukan kempen supaya saya melepaskan jawatan sebelum ini.

“Malah, orang-orangnya juga selalu mengatakan perkara buruk tentang saya. Anda tahu sebahagian daripada mereka agak ganas dalam melemparkan kata-kata”. [mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply