Tunku Azizah Doakan 16 Kakitangan Istana Negara Disahkan Positif Covid-19
Tunku Azizah Doakan 16 Kakitangan Istana Negara Disahkan Positif Covid-19
KUALA LUMPUR – Seramai 16 orang kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.
Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsikan keadaan itu bertitah, kesemua kakitangan itu sedang menerima rawatan.
Tunku Azizah memaklumkan baginda dan keluarganya telah membuat beberapa ujian saringan dan disahkan negatif tetapi perlu mengkuarantinkan diri masing-masing seperti arahan doktor.
”…saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing ….. lambai dari jauh saja ….. kami tidak dibenarkan visitors (pelawat) dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana ….
”…tidak ada pelayan atau bodyguard …. tuanku agong , saya dan anak buat sendiri semua …. cuci dan kemas bilik sendiri ….. kerana kami semua high risk (berisiko tinggi) because we were with those yang positive (kerana berada dalam kalangan yang positif) …. ,” maklum baginda.
Menurut baginda lagi, tempoh kuarantinnya berakhir 9 April ini.
Sepanjang tempoh dikuarantinkan, Tunku Azizah berkata, mereka sekeluarga bertadarus sesama sendiri.
Sambil mendoakan kakitangan istana dan rakyat Malaysia cepat sembuh daripada jangkitan koronavirus itu.
Malah, baginda turut menitipkan nasihat kepada semua rakyat agar bekerjasama menghapuskan wabak ini dengan duduk di rumah.
”… duduk di rumah … jangan keluar dan JANGAN DEGIL …. ini tanggungjawab kita semua …. walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut berikhtiar …,” titah baginda.
Pada 26 Mac lalu, Istana Negara memaklumkan seramai tujuh kakitangannya positif Covid-19 dan telah menerima rawatan.[mg]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan