Varian Omicron: Indonesia Kenakan Sekatan ke 8 Negara Afrika
Varian Omicron: Indonesia Kenakan Sekatan ke 8 Negara Afrika
Kuala Lumpur, MTN – Indonesia telah mengenakan sekatan ke atas semua pengembara dari lapan negara Afrika, berkuat kuasa Isnin berikutan varian baharu COVID-19, B.1.1.529 atau dikenali Omicron.
Sekatan itu juga terpakai kepada pengembara yang pernah mengunjungi negara seperti Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, Eswatini dan Nigeria dalam tempoh 14 hari lalu, menurut Direktorat Jenderal Imigresen Indonesia.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua perhubungan awam dan hal ehwal umum, Arya Pradhana Anggakara berkata susulan sekatan itu visa lawatan dan visa perjalanan terhad untuk rakyat negara itu akan dihentikan kecuali bagi perwakilan ke mesyuarat G20 di Bali.
Indonesia bakal menjadi tuan rumah dan Pengerusi G20 dari 1 Dis 2021 hingga 30 Nov 2022.
[AA]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor