Victor Nirennold Tak Jadi Tinggalkan Tim UiTM FC | Malaysia News
February 24, 2024

Victor Nirennold Tak Jadi Tinggalkan Tim UiTM FC

Victor Nirennold Tak Jadi Tinggalkan Tim UiTM FC

SHAH ALAM, MTN – Pasukan bola sepak UiTM FC menyambung khidmat kapten skuad itu, Victor Clotaire Michel Nirennold untuk satu musim lagi, susulan aksi cemerlangnya dalam saingan Liga Super musim ini.

Pegawai Media UiTM FC Shahrin Ismail dalam satu kenyataan berkata, aksi cemerlang Nirennold dibuktikan apabila menjaringkan gol kemenangan skuad ‘The Lion Troops’ itu untuk menewaskan pasukan Terengganu FC 2-1 dalam saingan Liga Super pada September lepas.

Majlis menandatangani kontrak baharu Nirennold berlangsung di Pusat Sukan UiTM pagi tadi, yang turut dihadiri Timbalan Presiden UiTM FC Dr Bahrin Othman dan pengurus pasukan Mustaza Ahmad.

Nirennold, 29, yang berasal dari Perancis juga merupakan pemain pertahanan pasukan UiTM FC.

Untuk rekod, UiTM FC beraksi cemerlang buat pertama kalinya berada dalam saingan Liga Super musim ini dengan menduduki tangga keenam liga.

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply