Wong Chen: Bahana Buat Muhyiddin Lanjutkan PKP Tanpa Insentif Wang
Wong Chen: Bahana Buat Muhyiddin Lanjutkan PKP Tanpa Insentif Wang
Kuala Lumpur, MTN – Ahli Parlimen Subang Wong Chen membidas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga 14 April ini tanpa menawarkan sebarang insentif kepada rakyat untuk menangani kebimbangan ekonomi.
“Ia satu bahana PR. Sikap bongkak seperti ini tidak membantu membina keyakinan untuk Malaysia melalui krisis ini,” kata Wong Chen dalam satu catatan Facebook.
Wong Chen berkata lanjutan itu bukan sesuatu yang tidak dijangka memandangkan China mengambil masa 50 hari untuk membendung penyebaran Covid-19 dan mereka hanya berjaya selepas kerajaannya melaksanakan langkah-langkah tegas dan menyalurkan sumber-sumber yang besar.
“Apa yang sama sekali tidak dijangka dan tidak boleh diterima adalah kerajaan ini masih belum berjanji dan menggunakan jumlah rizab yang sepatutnya yang didakwa berjumlah RM400 bilion (menurut bekas penasihat ekonomi bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Muhammed Abdul Khalid), untuk membantu rakyat dan ekonomi,” kata Wong.
Beliau menyelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin berhubung langkah-langkah yang telah diambil setakat ini.
Katanya, pengeluaran dana KWSP yang dicadangkan (RM500 setiap bulan) melibatkan wang pencarum sendiri sementara beliau menolak moratorium pinjaman sebagai langkah “untuk melindungi bank-bank dan bukannya benar-benar untuk membantu peminjam.”
“Pada asasnya, lebih banyak masa diberikan kepada peminjam tetapi tiada pemotongan kadar faedah yang diberikan oleh bank yang kaya raya. Setakat ini, bank dan kerajaan tidak merasa sebarang keperitan pun,” katanya.
Wong juga mengalih bidasannya kepada ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin yang berkongsi di media sosial dengan bersantai di kolam renang di rumahnya.
“Saya fikir ada beberapa ahli parlimen yang menderita semasa PKP dengan terapung di kolam renang peribadi mereka. Sikap ini perlu dihentikan.”
Wong berhujah bahawa jika kerajaan tidak membelanjakan wang sekarang, keadaan akan menjadi lebih teruk kemudian nanti.
“Jangkaan yang adil dan munasabah adalah ikrar kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya RM6 bilion hingga RM10 bilion sebulan, untuk melindungi pekerjaan, menstabilkan kepenggunaan dan ekonomi.
“Dengan lanjutan PKP, cabaran sekarang adalah tentang kebolehpulihan pekerjaan, survivabiliti majikan, bantuan langsung kepada golongan miskin yang simpanan mereka sudah kehabisan, termasuk mereka yang di luar sistem KWSP serta pekerja asing,” katanya
Menurut Wong, dianggarkan terdapat kira-kira 3 hingga 4 juta pekerja yang tidak mencarum kepada KWSP.
“PM mesti melancarkan pelan komprehensif untuk menangani (isu-isu ini) secepat mungkin. Dia berjanji untuk membuat satu lagi pengumuman Jumaat ini, jadi mari kita lihat jika dia akan memberi sesuatu yang bermakna,” katanya.[mk]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan