Anwar Ibrahim: Ahli Parlimen PH Bebas Berpendapat
Anwar Ibrahim: Ahli Parlimen PH Bebas Berpendapat
Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) mengamalkan politik terbuka dan memberikan kebebasan kepada mereka untuk menyuarakan pendapat serta mengkritik.
Namun, katanya, kritikan antara satu sama lain atau di kalangan para pemimpin PH lainnya harus bertujuan untuk memberi manfaat kepada pentadbiran pemerintah PH.
“Kerana keterbukaan itulah rakyat mentafsirkan ahli Parlimen PH sering bertelagah sesama sendiri sedangkan ruang kebebasan dan demokrasi seluas-luasnya diberikan kepada mereka berbanding kerajaan dahulu,” katanya kepada wartawan dipetik dari Sinar Harian, Khamis (5/12).
MP Port Dickson turut mengatakan bahawa kerajaan sebelum ini tidak pernah dikritik karena semua anggota parlimen harus mengikuti Pemimpin Whip mereka.
Namun, beliau menekankan bahawa PH pada dasarnya kuat dan memiliki ciri-ciri yang sama bahkan dalam situasi apa pun.
“Kerajaan dahulu tidak pernah dikritik. Mereka semua ikut Whip (di Parlimen). Saya ingat sewaktu saya Timbalan Presiden UMNO, mana berani. Sekarang semuanya seimbang dibandingkan dengan masa lalu,” ujarnya.
“Orang ingat kami sangat lemah. Kami di PH, persamaannya terlalu banyak, seperti ruang kebebasan. Kadang-kadang orang mengatakan, Anggota Parlimen ini adalah … bebas … (kebebasan berbicara). Ini disebut demokrasi … Kami akan memberi mereka ruang (kebebasan). Tetapi persepsi orang adalah mereka ‘berkecamuk,” tambahnya.
Tentang kerjasama parti-parti pembangkang yang dapat menimbulkan ancaman besar pada kerajaan PH di masa depan, Anwar menekankan bahawa itu terlalu awal kerana meskipun bekerjasama, semua pihak masih memiliki dukungan yang berbeza.
Namun, beliau melihat bahawa kerjasama politik baru mereka tidak menekankan nilai politik agama dan perkauman terlalu sempit, merupakan satu kemajuan.
“Ini terlalu awal (anggap kerjasama parti pembangkang dapat berjalan jauh). Saya di Pakatan Rakyat (PR) lama. Saya pergi ke penjara lama. Mereka memiliki dukungan yang berbeza.
“Namun, dalam pemikiran politik saya, agenda politik agama terlalu sempit dan perkauman dapat dikendurkan. Misalnya, sokongan Cina di Tanjung Piai. Bagi saya itu adalah kemajuan,” ujarnya lagi.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan