Gempa 6,9 Magnitud Goncang Filipina, Wisma Putra: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas
Gempa 6,9 Magnitud Goncang Filipina, Wisma Putra: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas
Kuala Lumpur, MTN – Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas dalam gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di Polomolok, Selatan Cotabato, Filipina, hari ini.
Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City di +63 82 221 4050 atau +63 936 968 4001.
“Kementerian ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Filipina, khususnya kepada mereka yang terjejas berikutan gempa bumi itu.
“Malaysia berdiri teguh dalam semangat setia kawan dengan Filipina dalam suasana yang mencabar ini,” menurut kenyataan itu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi itu setakat ini meragut tiga nyawa dan jumlah yang cedera masih belum diketahui. [bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan