Barack Obama: Terus Berusaha dan Bekerja
Barack Obama: Terus Berusaha dan Bekerja
Kuala Lumpur, MTN – “Individu tidak dapat menyelesaikan masalah seperti perubahan iklim secara sendirian. Ia tidak akan berlaku,” demikian kata bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Yang terbaik seseorang boleh lakukan, katanya, ialah terus bekerja dan berusaha untuk terus maju sebaik yang mungkin, memahami hakikat bahawa seseorang itu tidak akan dapat menyelesaikan tugas itu.
“Kita pada asasnya berlari dalam perlumbaan (dan) membawa baton, kemudian hulurkan kepada pelari lain, yang akan terus mara,” katanya ditulis Selasa (17/12) saat berkunjung ke Kuala Lumpur beberapa waktu lalu.
“Memang difahami apabila anda masih muda, anda berasa memerlukan tindakan segera tetapi (anda) juga perlu faham bahawa itulah yang akan berlaku,” tambahnya.
Obama menjawab persoalan daripada peserta sempena Persidangan Pemimpin Yayasan Obama: Program Asia Pasifik selepas sidang pleno beliau hari ini mengenai, Bagaimana Asia Pasifik Membentuk Kita. Moderator sidang pleno itu ialah saudara tiri perempuan beliau, Maya Soetoro-Ng.
Obama berkata beliau berpuas hati telah sediakan mekanisme yang mengenakan standard dan menghantar isyarat kepada perusahaan perniagaan yang mula melabur dalam tenaga bersih kerana mereka melihat perubahan akan datang.
“Dan itulah bagaimana perubahan akan berlaku dan bukan hanya untuk perubahan iklim. Jika anda prihatin tentang kemiskinan di negara ini, negara anda tidak akan menjadi miskin dalam sekelip mata…Jika anda prihatin mengenai kesaksamaan wanita, wanita tidak akan mendapat hak yang sama dalam sekelip mata. Atau antirasuah, atau apa sahaja anda akan hadapi rintangan”.
Obama juga bercakap semasa beliau berada di Rumah Putih, apabila mereka merasa tidak dapat 100 peratus daripada apa yang mereka mahu, ia tidak memberi kesan kepada mereka. Beliau berkata orang jarang mendapat 100 peratus daripada apa yang mereka mahu kerana dunia terlalu rumit.
“Saya selalu memberitahu staf saya, kita akan membuat perkara lebih baik. Kerana lebih baik adalah bagus.
Obama juga berkongsi dengan hadirin antara pelajaran kepimpinannya, yang mengelilingi dirinya dengan orang-orang yang sanggup memberitahunya jika dia salah atau bertanya kepadanya.
“Jika semua yang anda ada adalah orang yang ‘ya’ sepanjang masa, (yang akan) ketawa mendengar semua jenaka anda…oh ya presiden, pandangan bijak, anda hebat, bukan sahaja anda tidak akan memperbaiki, anda akan membuat kesilapan besar,” katanya.
Beliau menggalakkan pemimpin muda untuk cukup yakin bahawa seseorang itu tidak tahu segala-galanya dan ia adalah bagus untuk belajar kebijaksanaan dan pengalaman daripada orang lain.
Sesi itu merupakan sebahagian daripada program Pemimpin, yang turut merangkumi bengkel pembinaan kemahiran, latihan pembangunan kepimpinan dan peluang untuk berhubung dengan pemimpin daripada pelbagai bidang serta rantau berbeza.
Awal minggu ini, isteri Obama, Michelle dan bintang Hollywood Julia Roberts bercakap pada sidang pleno program itu.
Pasangan itu mendedikasikan banyak masa mereka kepada Yayasan Obama yang tidak berasaskan keuntungan, termasuk inisiatif Girls Opportunity Alliance yang Obama promosikan di Vietnam.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan