Tun M Mahu Sarawak dan Sabah Menimbang Kedudukan Petronas Sebagai Syarikat Minyak Dunia
Tun M Mahu Sarawak dan Sabah Menimbang Kedudukan Petronas Sebagai Syarikat Minyak Dunia
Kuching, MTN – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Sarawak dan Sabah menimbang kedudukan Petronas sebagai syarikat minyak dunia semasa mengkaji cadangan untuk memilki kepentingan dalam syarikat itu.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir membuat saranan itu pada pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Putrajaya pada Isnin.
Dalam pertemuan selama 90 minit itu, Perdana Menteri mempelawa Sarawak dan Sabah untuk meneroka gagasan tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah – untuk memiliki kepentingan dalam Petronas.
“Ini mengambil kira mengenai kedudukan syarikat minyak negara itu sebagai syarikat minyak global, dengan konsesi di luar negara, terutama di Asia Tengah, Afrika dan Amerika Utara, terutama di Kanada,” katanya.
Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan tersebut, Abang Johari memaklumkan kepada Dr Mahathir bahawa Sarawak perlu mengkaji cadangan itu secara mendalam, dan mahu mengukuhkan penyertaan syarikat minyak dan gas milik negeri itu, Petros, dalam aktiviti hiliran dan huluan industri di Sarawak.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan