PRK Kimanis, Azmin Ali: Tidak Sukar Buat Pengundi Tolak BNA
PRK Kimanis, Azmin Ali: Tidak Sukar Buat Pengundi Tolak BNA
Kimanis, MTN – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis supaya memberi isyarat jelas dengan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian, Sabtu ini.
Beliau berkata pengundi di kawasan itu tidak perlu membuat keputusan sukar, sebaliknya, memilih calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin, kerana kedua-dua parti bertanding mempunyai rekod pencapaian sendiri dan cukup dikenali oleh penduduk Sabah.
“Bukan sukar untuk (pengundi) membuat keputusan, kita ada dua pilihan (pertama) parti Warisan yang peduli rakyat dan komited membangunkan negeri Sabah, jadi kita perlu sokong Warisan,” katanya.
“(Atau) Nak pilih BN yang mana (kebanyakan) pimpinan mereka kini sedang menunggu giliran untuk masuk ke penjara (berdepan pelbagai kes mahkamah),” tambahnya.
PRK Parlimen Kimanis, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Karim dan Mohamad.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan