Yong Tai Peroleh Projek Terminal Kapal Pesiaran Antarabangsa Di Melaka | Malaysia News
September 17, 2024

Yong Tai Peroleh Projek Terminal Kapal Pesiaran Antarabangsa di Melaka

Yong Tai Peroleh Projek Terminal Kapal Pesiaran Antarabangsa di Melaka

Kuala Lumpur, MTN – Yong Tai Bhd, pemaju hartanah berkaitan pelancongan dan budaya memperoleh kontrak untuk membina terminal pesiaran antarabangsa di Impression City Melaka.

Anak syarikat milik penuhnya, Yong Tai Bhd Impression Sdn Bhd hari ini menerima surat kelulusan daripada kerajaan negeri Melaka, kata syarikat itu.

“Cadangan pembangunan yang akan dibina di Kawasan Bandar VI, Daerah Melaka itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bercampur utama Yong Tai dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM8 bilion,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu juga memeterai memorandum persefahaman dengan pengendali terminal penumpang maritim Singapore Cruise Centre Pte Ltd (SCC) untuk melantik SCC sebagai perunding operasi dan pengurusan terminal dengan bayaran S$120,000.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Bhd Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata pembangunan terminal pesiaran itu akan disepadukan dengan projek pembangunan bercampur kumpulan, Terra Square, di Impression City, yang juga dihubungkan ke Encore Melaka theatre.

“Penyiapan terminal pesiaran itu bakal menjadi pembawa perubahan kepada Impression City, mengukuhkan lagi nilai pembangunan kasar projek mega itu bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Boo berkata terminal pesiaran itu dijangka meningkatkan bilangan pengunjung ke gedung runcit Terra Square, kerana ia akan disepadukan dengan cadangan pembangunan itu.[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply