Zuraidah Akan Menanggapi Penyergapan Parti PKR | Malaysia News
September 17, 2024

Zuraidah Akan Menanggapi Penyergapan Parti PKR

Zuraidah Akan Menanggapi Penyergapan Parti PKR

Putrajaya, MTN – Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata beliau akan menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan parti itu kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan.

Dilaporkan Zuraida diberi tempoh 14 hari bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya atas dakwaan salah laku disiplin.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 18 Jan lepas dilaporkan berkata surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin parti itu sudah dihantar kepada Zuraida.

Ditemui pemberita selepas majlis pelepasan dua buah kenderaan berkuasa elektrik untuk kegunaan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) di sini hari ini, Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau akan memaklumkan kepada media berkaitan responnya kepada surat berkenaan apabila tiba masanya.

Mengenai tindakan terhadapnya, Zuraida berkata sebarang tindakan harus mengikut proses sepatutnya termasuk mengambil kira tempoh 14 hari bagi menjawab surat tunjuk sebab itu.

“Selepas itu, ada lagi proses lain yang perlu diambil kira… apa yang perlu, mereka harus lakukan mengikut proses dan secara adil,” katanya. [bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply