Saifudin Nasution: Penyokong Tun M Cuba Bawa Masuk PAS ke Dalam Kerajaan
Saifudin Nasution: Penyokong Tun M Cuba Bawa Masuk PAS ke Dalam Kerajaan
Kuala Lumpur, MTN – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan Pakatan Harapan (PH) adalah pakatan berdasarkan prinsip amanah dan penghormatan. Oleh itu, beliau berkata usaha untuk melibatkan pihak lain, seperti PAS di PH mesti berdasarkan kesepakatan.
“PH utuh dan tidak perlukan PAS sebagai rakan sekutu. Kalau pun ada idea dan percubaan memasukkan PAS, ia mesti berasaskan prinsip konsensus, bukannya majoriti,” katanya.
Saifuddin yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna mengulas spekulasi bahawa penyokong Dr Mahathir Mohamad cuba membawa masuk PAS dalam kerajaan persekutuan.
“Jadi saya tengok buat masa sekarang, cubaan memasukkan PAS itu kekal sebagai satu khabar politik biasa dan saya tidak nampak sebab serta alasan untuk PH sekarang ini menerima keanggotaan baharu,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan