Lim Guan Eng: Peralihan Kuasa PM Perlu Dilakukan Secara Mendalam | Malaysia News

Lim Guan Eng: Peralihan Kuasa PM Perlu Dilakukan Secara Mendalam

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng: Peralihan Kuasa PM Perlu Dilakukan Secara Mendalam

Kuala Lumpur, MTN – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perbincangan berhubung peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri perlu dilakukan secara dalaman.

“Percakaran secara terbuka akan hanya memanfaatkan pihak lawan kita. Jadi mari kita tumpu pada pentadbiran dan isu ini akan diselesaikan secara dalaman,” kata Lim.

Ditanya jika terdapat tempoh masa ditetapkan untuk peralihan kuasa itu, Lim berkata: “Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah menetapkan tempoh masa. Pastinya Majlis Presiden Pakatan Harapan akan adakan mesyuarat, saya pasti tarikh akan ditetapkan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai. ”

Lim berkata demikian apabila ditemui pemberita selepas melawat IOI City Mall di sini, hari ini bersempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat.

Sementara itu berhubung langkah Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (MPC) untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, Lim berkata bank pusat itu merupakan institusi bebas dan ia telah menyatakan sebabnya.

“Secara umumnya Bank Negara Malaysia berkata ia adalah untuk melindungi pertumbuhan ekonomi. Kami sentiasa menumpukan pada pertumbuhan ekonomi dan juga mahu mengurangkan kos perniagaan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang kami mahu capai pada 2020,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply