TPM Buat Laporan Raymond Cheah Mengenai Penyalahgunaan Nama Baik Wan Azizah
TPM Buat Laporan Raymond Cheah Mengenai Penyalahgunaan Nama Baik Wan Azizah
Putrajaya, MTN – Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan membuat laporan polis terhadap Raymond Cheah yang dipercayai menyalahgunakan nama baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam kenyataannya, pejabat itu berkata, individu tersebut tidak pernah dilantik sebagai penasihat Dr Wan Azizah.
“Justeru itu sebarang urusan yang melibatkan individu terbabit tiada kaitan langsung dengan pejabat ini,” katanya.
Lewat malam tadi, pentadbir laman Facebook Dr Wan Azizah menerusi statusnya memuat naik kenyataan itu dan juga kad nama Raymond yang tertera jawatan kononnya sebagai penasihat.
Kad itu juga mempunyai lambang kerajaan persekutuan selain nombor telefon individu terbabit.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan