Mat Sabu: Hentikan Budaya Takfiri di Masyarakat Melayu Islam
Mat Sabu: Hentikan Budaya Takfiri di Masyarakat Melayu Islam
Shah Alam, MTN – Parti Amanah Negara (Amanah) memandang serius budaya mengkafirkan antara umat Islam atau dikenali budaya takfiri yang dilihat semakin menular dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.
Presidennya, Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak khususnya umat Islam supaya menghentikan perbuatan itu.
“Jika tidak dihentikan dengan segera budaya ini boleh mencemarkan imej Islam sekali gus memusnahkan keharmonian Malaysia seperti yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah khususnya di Iraq dan Syria,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.
“Ia juga boleh menyemai sikap dan pemikiran melampau sehingga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara,” tambahnya.
Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata demikian susulan kenyataan seorang penceramah bebas di Facebook yang menyebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai ‘Menteri agama, berjiwa kafir’.
Susulan itu, Amanah Wilayah Persekutuan dan Terengganu membuat laporan polis terhadap penceramah bebas terbabit.
Mohamad turut menggesa semua pihak memainkan peranan mengekang budaya tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran agama itu.
“Laporkan juga kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan agar tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan