Waspada Jangkitan Novel Koronavirus, UUM Saring Pelajar Warga China
Waspada Jangkitan Novel Koronavirus, UUM Saring Pelajar Warga China
Alor Setar, MTN – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyaring semula tahap kesihatan pelajar warga China yang baru tiba walaupun telah melalui prosedur itu di pintu masuk negara ini sebagai langkah berwaspada terhadap jangkitan novel koronavirus.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM Profesor Dr Yusnidah Ibrahim berkata saringan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebaik pelajar berkenaan tiba di universiti bertujuan menjamin kesihatan warga kampus berada pada tahap optimum.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata UUM memandang serius sebarang risiko penyebaran jangkitan virus itu di universiti yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa termasuk 422 dari China.
Katanya, UUM juga memutuskan beberapa langkah proaktif bagi tujuan pencegahan termasuk menangguhkan segala aktiviti staf dan pelajar ke China buat sementara waktu.
“Warga UUM juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di PKU atau mana-mana fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan