Serangan Syed Saddiq, Kerajaan Akan Bertindak dengan Segera
Serangan Syed Saddiq, Kerajaan Akan Bertindak dengan Segera
Kuala Lumpur, MTN – Kabinet memandang serius insiden serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Ulu Tiram, Johor pada 1 Februari lalu.
Dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, jemaah menteri berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang.
“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuk di negeri-negeri yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh kerajaan,” katanya.
“Prinsip kedaulatan undang-undang hendaklah sentiasa dipatuhi,” tambahnya.
Menurutnya, Malaysia mempunyai undang-undang dan semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang dan semua pihak tanpa kecuali, harus mematuhi undang-undang negara.
“Tindakan kasar serta biadap yang tidak mencerminkan akhlak yang baik ini perlu dikecam. Pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telus dan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang ini. Hanya mereka yang menjadi anggota kerajaan yang berhak memberi arahan,” ujarnya.
“Ini pun jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau SOP, petugas tidak perlu bertindak,” tambahnya.
Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda PH sebelum ini mendakwa dirinya bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan, minggu lalu.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan