Pimpinan PH Tetap Pertahankan Perjanjian Muafakat | Malaysia News

Pimpinan PH Tetap Pertahankan Perjanjian Muafakat

Pimpinan PH Tetap Pertahankan Perjanjian Muafakat

Pimpinan PH Tetap Pertahankan Perjanjian Muafakat

Putrajaya, MTN – Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Putrajaya untuk membincangkan masalah isu peralihan kuasa sebagaimana yang telah dijanjikan dalam Pakatan Harapan sebelum PRU 14.

Pertemuan tersebut adalah lanjutan dari isu yang dibawa oleh pembangkang iaitu PAS, Umno, dan sebahagian kecil kelompok PKR sendiri yang mahu mendukung kepemimpinan Tun Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

“Perdana Menteri tidak terlibat dalam usaha tersebut malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang telah dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan bertulis, (13/2).

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson ini, beliau akan tetap menunggu hingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan menunggu hasil Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari nanti.

“Saya turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa memandangkan wujud muslihat licik sedemikian maka pimpinan PH dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang telah dimeterai pada 7 Januari 2018, yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Saya juga ingatkan bahawa selama hampir dua tahun usia PH, muafakat yang termeterai tersebut tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu – KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM,” tegasnya lagi.

Facebook Comments

Author Profile

Chen Fang Guang

About The Author

Leave a Reply