Tuan Anwar, Anda Pemenang Sebenarnya | Malaysia News

Tuan Anwar, Anda Pemenang Sebenarnya

Anwar Ibrahim

Tuan Anwar, Anda Pemenang Sebenarnya

Kuala Lumpur, MTN – Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) memberi kenyataan akhbar yang menggalakkan dan membanggakan selepas pertemuannya dengan Tun Mahathir. Selepas banyak khabar angin dilaporkan mengenai undi percaya, DSAI menjelaskan bahawa Tun Mahathir telah menegaskan yang peralihan kuasa akan dilakukan seperti yang dijanjikan.

DSAI juga mengesahkan kesediaannya untuk menunggu lagi sehingga 6 bulan akan datang. Seperti yang dilaporkan, DSAI bersedia untuk menunggu peralihan kuasa sehingga selesai agenda Persidangan APEC pada bulan November atas permintaan Tun.

Sekali pandang, orang akan mengatakan DSAI akan memasuki perangkap Tun Mahathir lagi. Kerana selepas berjanji untuk berkhidmat dalam tempoh waktu yang singkat, ianya kemudian berlanjutan menjadi 2 tahun, dan sehingga kini tempoh perkhidmatan Tun telah meningkat menjadi 2.5 tahun. Dan, DSAI masih bersedia menyerahkannya.

DSAI ini, jenis orang yang macamana? Telah ditipu dan diperolok-olokkan berkali-kali, tetapi masih dapat mengampuni mereka yang melakukan kesalahan ke atas dirinya.

Orang macam apa DSAI ini, yang sanggup bekerjasama dengan lawan politik yang memenjarakan dan merosakkan hidupnya dengan sangat teruk. DSAI ini orang macam apa, yang sanggup menangguhkan haknya bahkan dipermainkan dengan sedemikian rupa?

Sekiranya bukan karena KEBESARAN JIWA dan KETULUSAN HATI, DSAI mungkin tidak dapat melakukannya. Dan, jika tidak memikirkan kepentingan rakyat Malaysia yang lebih besar, barangkali DSAI enggan berbuat demikian.

Kerana mereka mahukan peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan selesa, DSAI lalu bersedia memahami permintaan Mahathir. DSAI sanggup menunggu 6 bulan lagi.

Kemudian, apa yang boleh kita pelajari dari tingkah laku DSAI? Mudah. DSAI mengutamakan kepentingan yang lebih besar (rakyat Malaysia) daripada keinginan peribadinya.

Tidak ramai tokoh di Malaysia mempunyai semangat sedemikian. Dan dalam pertempuran besar ini, DSAI sudah menunjukkan diri sebagai PEMENANG SEBENARNYA.

@RaheemArshavin

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply