MB Kedah Akan Adakan Pertemuan Dengan AMKN Dan ADUN | Malaysia News

MB Kedah Akan Adakan Pertemuan dengan AMKN dan ADUN

MB Kedah Akan Adakan Pertemuan dengan AMKN dan ADUN

Alor Setar, MTN – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini, esok pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Zamri Yusuf berkata masih ada perkara yang perlu dibincangkan bersama sebelum Mukhriz membuat sebarang keputusan berhubung situasi semasa politik di negeri ini.

“Semua exco akan datang esok.. Akan ada perjumpaan lagi,” jawabnya ringkas semasa ditemui pemberita sejurus keluar dari Seri Mentaloon di sini, malam ini.

Pada malam ini satu pertemuan khas hampir dua jam telah diadakan Mukhriz dengan semua barisan exco kerajaan negeri sebaik beliau tiba dari Kuala Lumpur awal malam ini.

Kemelut politik yang tercetus sejak Isnin selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Bersatu mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu menimbulkan tanda tanya akan kedudukan kerajaan negeri pimpinan PH.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh), Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua).[Bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply