90 Ahli Parlimen Mahu Tun M Berundur | Malaysia News

90 Ahli Parlimen Mahu Tun M Berundur

90 Ahli Parlimen Mahu Tun M Berundur

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata hasil tinjuan mendedahkan hanya kira-kira 90 prang ahli Parlimen yang tidak lagi mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin negara.

Manakala 48 lagi wakil rakyat mahu Tun Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri dan mentadbir kerajaan.

Beliau berkongsi dapatan tinjuan itu dalam akaun Twitter beliau @AnnuarMusa pagi ini.

“Dari tinjauan terdapat hanya kira-kira 90 ahli Parlimen yang tidak lagi mahu TM (Tun Mahathir) pimpin negara.

“48 (ahli Parlimen) masih mahu  dan 83 lagi akan menentukan sikap bila mereka perlu berbuat demikian (Tun tadbir negara),” katanya dalam ciapan beliau.

Ahli Parlimen BN Ketereh itu berkata meskipun mereka yang tidak mahu Dr Mahathir memimpin negara itu lebih ramai, masih belum cukup mencapai sokongan 112 ahli Parlimen.

“Meskipun mereka yang tidak mahu itu lebih ramai, tapi mereka belum cukup 112 orang ahli Parlimen, politik negara tidak stabil,” katanya lagi.

Komen beliau berikutan perkembangan semasa di mana wujudnya pihak di sebelah kerajaan memberi tekanan kepada pemimpin nombor satu negara supaya menyerahkan jawatan kepada penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dr Mahathir baru-baru ini mengulangi pendiriannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada penggantinya selepas November 2020.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply