Azmin Ali Tak Patuh Pada Organisasi Dan Presiden - AMK Malaysia | Malaysia News

Azmin Ali Tak Patuh Pada Organisasi dan Presiden – AMK Malaysia

Azmin Ali Tak Patuh Pada Organisasi dan Presiden – AMK Malaysia

Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) melalui mesyuarat pada 20 Oktober 2019 memutuskan untuk menjemput YAB Dato’ Seri Dato Seri Dr Wan Azizah sebagai Perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK Malaysia 2019.

Pengerusi AMK Malaysia Akmal Nasir menjelaskan sebabnya memilih Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau menganggap Azmin tidak patuh dengan organisasi dan Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim.

“Kenapa AMK tidak mahu Timbalan Presiden (Azmin Ali) jadi perasmi Kongres? Jawapannya mudah. Semua orang nampak bagaimana Timbalan Presiden tidak patuh pada organisasi dan Presiden. Tidak hadir mesyuarat secara berterusan dan membuat kenyataan yang menyerang kepimpinan parti.

“Azmin Ali juga kerap membuat tindakan yang bertentangan dengan disiplin organisasi. Membuat perjumpaan sulit dengan pemimpin Umno tanpa pengetahuan parti,” katanya seperti yang dipetik daripada akaun Twitter @ ReformasiMuda hari ini.

Keengganan ini, membuat pasukan Azmin atau biasa dipanggil Geng Kartel menjadi marah. Malah bermacam-macam perkara mereka susun sebagai serangan balasan.

“Apa Reaksi Pasukan Azmin Ali (Kartel)? Sudah pasti mereka marah. Dunia seperti sudah hampir kiamat untuk mereka.

“Anak-anak kartel diketuai Hilman Idham tekad untuk menyertai Majlis Perasmian Kongres Wanita Keadilan kerana Wanita Keadilan masih menjemput Azmin Ali sebagai perasmi.

Hilman Idham menyeru semua anggota AMK Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Perasmian Kongres Wanita, semata-mata kerana mahu menjulang dan memuja Azmin Ali.

Untuk memastikan ramai orang menyertai Perasmian Kongres Wanita, maka semua urusan pengangkutan, penginapan, makan dan minum orang yang hadir ini akan ditanggung oleh Geng Kartel.

“Beginilah tegarnya mereka demi Bos Kartel. Tetapi mereka ini memang terkenal dengan mewah dan duit berlebihan. Jadi tak hairan mereka sanggup buat semua ini.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply