Siasat Jahat Azmin pada Kongres AMK dan Wanita Keadilan
Siasat Jahat Azmin pada Kongres AMK dan Wanita Keadilan
Selepas ditolak sebagai Perasmi Kongres Angkatan Keadilan Nasional (AMK) Malaysia, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dikhabarkan akan menjadi Perasmi Kongres Keadilan Wanita. Bagaimanapun, Azmin dan penyokongnya masih tetap akan menghadiri Kongres AMK Malaysia pada Jumaat pagi.
Tetapi tujuan kehadiran mereka hanyalah untuk memenuhi dewan dan membuat pengundi tidak percaya kepada Pengerusi AMK dan Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka juga akan membuat walk-out dari dewan sebagai hilang kepercayaan kepada Parti. Selepas walk-out dari Kongres AMK, mereka akan ke sebuah Hotel di Kuala Lumpur di mana tempat mereka mengadakan sebuah program berasingan. Semua geng kartel akan berkumpul di hotel ini.
“Program ini adalah seperti Kongres Pintu Belakang anjuran Kartel. Dalam Kongres Pintu Belakang ini mereka akan membuat undi tidak percaya kepada Presiden PKR dan kononnya mereka mahu mengambil kembali parti yang telah dipesongkan oleh Presiden Dato Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka ini cukup tidak sedar diri. Merekalah sebenarnya yang sudah lama terpesong. Mabuk dengan kuasa dan kemewahan,” kata AMK Malaysia melalui akaun twitternya.
Perkara yang membuat kelompok Azmin atau biasa dipanggil Geng Kartel marah ialah kerana tindakan AMK ini mengganggu perancangan Azmin yang mahu jadi Perdana Menteri. Untuk jadi Perdana Menteri, mereka perlu tunjukkan yang Azmin ini kuat dalam parti.Azmin ini tidak boleh diusik dan Azmin mengawal segala-galanya dalam parti.
Oleh itu apabila AMK tidak mahu Azmin merasmikan Kongres AMK, ini tamparan memalukan buat Azmin. Azmin menjadi orang yang tidak relevan dalam parti sendiri. Bagaimana orang begini boleh jadi PM.
“Azmin memang tidak menyebut dia mahu jadi PM sama seperti dia tidak menyebut dia mahu jadi MB Selangor suatu ketika dahulu. Tetapi akhirnya Kabilah Pintu Belakang ini cukup pandai bermain helah.
Author Profile
Latest entries
- PolitikJanuary 27, 2020Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
- PolitikJanuary 25, 2020AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
- PolitikJanuary 22, 2020Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
- Top NewsJanuary 22, 2020Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020