Anwar Selesaikan Konflik Dalaman PKR Melaka
Anwar Selesaikan Konflik Dalaman PKR Melaka
Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan satu pertemuan antara Pengerusi PKR Melaka, Halim Bachik dengan dua exco negeri, iaitu Ginie Lim dan Jailani Khamis, di pejabatnya di Petaling Jaya pada hari ini.
Pertemuan ini diadakan setelah ketidakhadiran Lim dan Jailani di Dewan Undangan Negeri Melaka pada hari Isnin yang lalu sebelum undian dijalankan untuk melantik Halim sebagai senator.
Hasil dari pertemuan tersebut, Anwar menegaskan bahawa konflik dalaman PKR Melaka berkait perlantikan pengerusinya sebagai senator telah selesai.
“Mereka mahu mengikut proses yang betul dan sokongan mereka terhadap kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Adlu Zahari tidak berbelah bahagi.
“Dalam isu senator, pada mulanya diusulkan Halim (terpilih), itu kemudian ditangguhkan mengikut jadual (sidang DUN).
“Perkara ini akan mengikut proses perbincangan parti, dan itu tidak perlu dipercepat kerana sidang DUN (selanjutnya) hanya akan berlangsung pada bulan Mac akan datang,” kata Anwar.
Anwar berkata bahawa kedua ADUN tersebut juga telah menjelaskan dan meminta maaf kerana menyebabkan kekeliruan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka.
Sikap Ahli Parlimen Port Dickson ini mendapat reaksi yang positif dari masyarakat. Beberapa orang memuji sikapnya sebagai pemimpin yang mampu menyelesaikan konflik secara perbincangan serta mencari jalan keluar yang terbaik.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan