Cristiano Ronaldo Menangi Anugerah Pemain Terbaik Abad Ini | Malaysia News
February 24, 2024

Cristiano Ronaldo Menangi Anugerah Pemain Terbaik Abad ini

Cristiano Ronaldo Menangi Anugerah Pemain Terbaik Abad ini

MTN – Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik abad ini pada Anugerah Globe Soccer di Dubai pada Ahad (27/12/2020).

Mengalahkan Leo Messi dari Barcelona dan pemain Liverpool, Mohamed Salah, Ronaldo terpilih pemain terbaik abad ke-21 oleh 23 juri termasuk jurulatih dan bekas pemain serta undian peminat dari seluruh dunia.

“Cristiano Ronaldo dinobatkan Pemain Abad 2001-2020 Anugerah Globe Soccer,” kata Dubai Global Soccer Awards di Twitter.

Pemenang lima kali Liga Juara-Juara UEFA (empat bersama Real Madrid, satu bersama Man United) memimpin pasukan kebangsaan Portugal memenangi gelaran utama pertama mereka, UEFA EURO 2016.

Ronaldo yang juga kapten Portugal telah menjaringkan sebanyak 102 gol untuk negaranya.

Beliau merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris bersama The Red Devils selama tiga tahun berturut-turut (2007, 2008 dan 2009).

Bersama Juventus sejak 2018, Ronaldo menjadi juara Itali dua kali ketika menjaringkan 81 gol dalam 103 perlawanan untuk kelab Itali itu.

Bintang sensasi itu turut meraih dua anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA, lima anugerah Ballon d’Or, dan tiga kali dipilih sebagai pemain terbaik UEFA di Eropah.

Dalam acara sama, Real Madrid dinobatkan sebagai Club of the Century, sementara pengurus Manchester City Pep Guardiola memenangi gelaran Coach of the Century dan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menjadi Pemain Terbaik Tahun 2020.

 

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply