DSAI Dalam Seminar International Unity In Diversity Conference 2020 | Malaysia News
September 17, 2024

DSAI dalam seminar International Unity in Diversity Conference 2020

DSAI dalam seminar International Unity in Diversity Conference 2020

 

Kuala Lumpur, MTN – Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Forum Profesional Muslim (MPF) telah menganjurkan seminar berjudul International Unity in Diversity Conference 2020, yang telah berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, pada hari Rabu 8 Januari 2020.

Dalam seminar yang mengulas tentang keberagaman dalam masyarakat pelbagai budaya atau keberagaman dalam denominasi Islam, pihak penganjur telah menjemput beberapa orang panel, di antaranya ialah Dr. Yasie Qadhi (Islamic Discourse – Future Trends and Challenges for the Ummah), Nuruddin Lemu (Islam in the 21st Century: Drawing Parallels between Muslim Experiences Worlwide), dan Omar Suleiman (Correcting the Narrative on Islam in the Fast-Changing World of Digital Media), bersama-sama dengan Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar, sebagai moderator.

Sementara, Dato Seri Anwar Ibrahim diposisikan sebagai pemberi ucaptama sekaligus menjadi sesi penutup dari rangkaian seminar ini. Dalam wawancara bersama beberapa wakil media, Dato Seri Anwar Ibrahim menerangkan, bahawa seminar ini adalah usaha pendekatan sederhana untuk menambah wawasan kepada generasi muda Malaysia.

“Mereka ini aktif dalam menyampaikan risalah Islam, tapi juga aktif dalam dialog antara agama. Kerana, tanpa dialog ini hubungan Muslim-Kristian di Afrika itu lebih tajam. Jadi saya fikir kita boleh mendapatkan pandangan mereka, apa asasnya dari sirah Rasulullah SAW, apa rasionalnya dari segi Usul Fiqh dan juga Maqasid. Betapa perlu kita ambil pendekatan yang lebih sederhana untuk mendedahkan jalur sementara menjelaskan keluh Islam kepada anak-anak muda,”

 

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply