Harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.64 seliter bagi 14 Disember 2019 sehingga 20 Disember.
Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.34 seliter dan RM2.32 seliter masing-masing.
Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.30 seliter pada minggu lepas, kata Kementerian Kewangan.
Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.
Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh
Kerajaan bagi tempoh 14 Disember 2019 sehingga 20 Disember 2019 adalah berjumlah RM111.44 juta.
Author Profile
Latest entries
Politik2020.01.27Mahathirism, Mahavirus Yang Lebih Teruk Daripada Coronavirus – Raja Petra
Politik2020.01.25AMK Desak Muktamadkan Segera Tarikh Peralihan Kuasa
Politik2020.01.22Syed Saddiq Bidas Penyokong Anwar Serang Mahathir
Top News2020.01.22Otai Reformis 1998 Desak Tarikh Peralihan Kuasa 9 Mei 2020