Legenda Sukan Rali Karamjit Singh Membuka Sekolah Rali Tahun depan

Legenda Sukan Rali Karamjit Singh Membuka Sekolah Rali Tahun depan
Kuala Lumpur, MTN – Legenda sukan rali negara Karamjit Singh, kini dalam perancangan untuk membuka ‘sekolah rali’ dalam usaha mencari bakat baharu bagi sukan permotoran itu.
Karamjit yang terkenal dengan julukan ‘Flying Sikh’ berkata, tujuannya mewujudkan sekolah rali itu adalah bagi memastikan sukan perlumbaan rali negara tidak ketandusan bakat muda.
“Saya sudah berbincang dengan pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan kita akan buka sekolah rali pada tahun depan untuk cari bakat baru masa hadapan. Sekolah tersebut mungkin akan bermula pada suku kedua 2021.
“Sesiapa sahaja boleh sertai sekolah rali ini dan kita rancang untuk adakan latihan di estet berdekatan dengan SIC,” katanya.
Melalui sekolah rali berkenaan, Karamjit berkata pihaknya akan memilih pemandu rali yang dilihat berpotensi, untuk diketengahkan ke perlumbaan peringkat Asia Pasifik dan seterusnya dunia.
Pelumba berusia 58 tahun itu mengakui Malaysia mempunyai ramai bakat muda dalam sukan permotoran rali, namun kebanyakan mereka memerlukan sokongan dan latihan berterusan untuk di ketengah ke peringkat lebih tinggi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) Muizz Azli mengumumkan, pihaknya akan menganjurkan klinik rali pada suku kedua tahun hadapan.
“Buat masa sekarang, kita hanya terima satu permohonan untuk perlumbaan rali iaitu di Terengganu pada bulan Februari nanti. Tapi MAM rasa akan ada lebih lagi (kejuaraan perlumbaan rali). Kalau tidak ada perlumbaan rali, akan ada klinik rali yang MAM akan anjurkan,” katanya.
[km]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor