Lionel Messi Kembali Menunjukkan Prestasi Terbaiknya | Malaysia News

Lionel Messi Kembali Menunjukkan Prestasi Terbaiknya

Lionel Messi Kembali Menunjukkan Prestasi Terbaiknya

MTN – Lionel Messi kembali ke prestasi terbaiknya apabila berjaya meledakkan dua gol bagi membantu Barcelona membenam Athletic Bilbao 3-2 menerusi saingan La Liga.

Barca mengejar gol penyamaan selepas Inaki Williams membuka jaringan di San Mames namun, bertindak balas dengan serangan pantas yang menyaksikan Messi memainkan peranan utama.

Hantaran lintang oleh Messi membolehkan Pedri meledakkan gol penyamaan dan pemain Argentina itu sebenarnya boleh melakukan hatrik namun, dinafikan VAR.

Apa yang dipamerkan oleh pemain berusia 33 tahun itu mungkin antara yang terbaik musim ini ketika masa depannya di Barcelona masih lagi bertiup kencang.

Dua gol jaringannya membantu Barca merapatkan jurang dengan pendahulu La Liga, Atletico Madrid kepada tujuh mata biarpun Atletico sukar untuk dikejar.

Mereka bagaimanapun masih mempunyai dua perlawanan di tangan.

Namun, hanya sedikit kesilapan lewat perlawanan menyentap kecemerlangan Messi apabila hantaran lemah membolehkan Iker Muniain menjaringkan gol kedua lawan.

Bilbao menjaringkan gol minit ketiga dan 90, menyaksikan kelemahan di barisan pertahanan Barcelona yang masih belum dapat diselesaikan.

 

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply