Liverpool Telah Menemui Pengganti Wijnaldum | Malaysia Top News
February 27, 2021

Liverpool Telah Menemui Pengganti Wijnaldum

MTN – Giant Premier League Liverpool dilaporkan sudah mengenalpasti dan memburu penyerang tengah Udinese Rodrigo De Paul sebagai pengganti berpotensi untuk Georginio Wijnaldum.

Bagaimanapun, skuad kendalian Jurgen Klopp itu berdepan kekangan dari segi yuran yang ditetapkan kelab Serie A Itali, Udinese yang bertegas pemain itu tidak akan dijual untuk yuran rendah.

Laporan di Itali mendakwa Wijnaldum masih belum menandatangani kontrak baharu bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) the Kops.

Spekulasi kuat menyatakan pemain Belanda itu akan meninggalkan Anfield akhir musim ini jika gagal memeterai kontrak perjanjian baharu bersama Liverpool.

Liverpool pula pada masa yang sama menyerah kalah dalam usaha memujuk pemain itu dan sudah terlibat dalam usaha mencari pengganti paling sesuai bagi menguatkan jentera tengah pasukan.

Advertisement

Laporan di Serie A Itali mendakwa De Paul sedang berada dalam radar Liverpool dan pengurus pasukannya Jurgen Klopp peminat besar pemain antarabangsa Argentina itu.

Bagaimanapun Liverpool tidak akan melalui jalan mudah untuk meraih khidmat pemain itu apabila Udinese menuntut yuran berjumlah £35.5 juta untuk mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan bintang berusia 26 tahun itu.

“De Paul pemain berharga umpama permata untuk Udinese, kami tidak akan lepaskan dia dengan muda.

“Lagipun tawaran yang hadir tidak memenuhi klausa yuran yang ditetapkan untuknya dan yang pasti dia tidak akan berhijrah untuk yuran lebih rendah daripada apa yang ditetapkan kelab,” tegasnya.

 

[MG]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •